Friday, October 23, 2009

Kelab Ex-PASTI Dilancar Oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS menerima tshirt Kelab Ex-PASTI dari bekas pelajar PASTI, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.

MARANG : Negeri Terengganu mempunyai sejarah dan kehebatan serta keistimewaan tersendiri, sebagai sebuah ’negeri Islam’ berbanding negeri-negeri lain.

‘Batu Bersurat’ yang dijumpai di Terengganu pada abad ke-13 masehi membuktikan bukan hanya rakyatnya memeluk Islam tetapi kerajaannya juga sebuah kerajaan Islam.

“Alhamdulillah, negeri Terengganu ini mempunyai keistimewaan yang hebat bukan sahaja negeri kita meninggalkan satu tanda yang hebat iaitu ‘Batu Bersurat’ yang menunjukkan bukan sahaja rakyat Terengganu yang masuk Islam termasuk kerajaan negeri Terengganu juga masuk Islam,”kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

(Gambar - Presiden PAS melancarkan Ex-Pasti, persatuan pelajar-pelajar lepasan Pusat Asuhan Tunas Islam Terengganu)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di perkarangan Masjid Rusila, Marang, semalam, 22 Oktober.

Namun, menurutnya, kerajaan Islam Terengganu jatuh ke tangan penjajah pada tahun 1928 serta campurtangan Inggeris sepenuhnya pada tahun 1948.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Marang menjelaskan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu menjadi negeri pertama menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1959.

Selepas itu, katanya negeri Kelantan pula dikuasai oleh PAS tetapi usia pemerintahan PAS Terengganu tidak panjang.

Katanya, keistimewaan lain yang dimilik oleh PAS Terengganu adalah kerana berjaya meletakkan batu asas pemerintahan Islam pada gelombang kedua kemenangan pada tahun 1999-2004.

“Kerajaan kita (Islam Terengganu) jatuh pada tahun 1928 dan campurtangan Inggeris sepenuhnya pada tahun 1948 selepas itu Islam tidak ada kuasa sepenuhnya.

“Alhamdulillah, tahun 1959 parti PAS mula menang di Terengganu kerana kurnia Allah Ta’ala, selepas itu baru Kelantan.

“Walau pun kita (PAS Terengganu) jatuh dahulu daripada Kelantan tetapi kita (PAS) berjaya meletakkan asas lebih dahulu daripada Kelantan.

“Termasuklah, selepas kita (PAS) menang gelombang yang kedua tahun (1999-2004). Kemenangan kita (PAS) tahun 1999, walau pun satu penggal sahaja, kita (PAS) telah berjaya meletakkan batu asas bagi pemerintahan Islam yang tidak mampu diletakkan di negeri-negeri lain termasuk di Kelantan sendiri,” jelasnya.

Ustaz Abdul Hadi berkata PAS berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai Undang-undang Tubuh Diri Kerajaan Negeri Terengganu.

“Kita (PAS) telah berjaya mewujudkan Perlembagaan Islam dengan meletakkan hukum yang tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias.

“Ini ditulis dalam Undang-undang Tubuh Diri Negeri Terengganu dan hingga hari ini Umno tidak berani buang, Umno takut hendak buang.

“Kita (PAS) luluskan Undang-undang Islam bagi negeri Terengganu. Undang-undang yang berkait dengan Pentadbiran Agama Islam, Jenayah Qisas, Hudud dan Ta’azir dan pelbagai undang-undang lagi yang kita (PAS) telah luluskan,” tegasnya.

Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi semua undang-undang tersebut telah dirasmikan dan digazetkan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menandatanganinya.

Oleh itu, katanya PAS mempunyai tanggungjawab yang besar dan rakyat Terengganu pula mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam berpolitik.

“Kita (PAS) mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Rakyat Terengganu mempunyai kesedaran yang sangat tinggi, yang sangat hebat. Kita (PAS) mempunyai asas yang sangat besar, mengandungi pengundi-pengundi teras yang sangat ramai di negeri Terengganu.

“Cuma kita (PAS) tewas dengan penipuan yang dibuat oleh Umno dan Barisan Nasional (BN). Apa yang penting kita (PAS) kena kerja lebih kuat lagi untuk mengembalikan kerajaan kita untuk kita berdiri di atas tapak yang telah kita (PAS) bina itu,” jelasnya dan menegaskan, PAS Terengganu akan menjadi model di seluruh negara malah di seluruh dunia.

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 11:05 PM 0 comments

PASTI Terengganu Hargai Jasa, Sumbangan Tokoh, Pejuang Terdahulu



MARANG : Sempena sambutan Jubli Perak, Jabatan Pasti Negeri Terengganu memberi penghargaan, mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat dalam membangunkan institusi pendidikan pra-sekolah itu di negeri ini.

Sumbangan mereka yang memberikan sumbangan, samada wang ringgit dan tenaga, guru mahupun pengarahnya, cukup bernilai sehingga Pasti di negeri ini mencapai umur 25 tahun kini.

Penghargaan kepada tokoh-tokoh yang berjasa tersebut cukup istimewa apabila ia disampaikan sendiri oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas acara Perasmian Sambutan Jubli Perak Pasti negeri yang berlangsung di pekarangan Masjid Rusila, kelmarin.

Anugerah Tokoh Jubli Perak di berikan kepada tujuh orang mantan Pengarah Pasti negeri, sejak dari awal penubuhannnya iaitu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik (1984-1986), Haji Husin Ismail (memangku), Ustaz Abu Bakar Abdullah (1986-1989), Ustaz Jusoh Osman (1989-1991), Haji Mohd Draman (1991-1993), Zakaria Dagang (1993-1999) dan Azmi Mohd Yasin (1999-2007).

Bagi Anugerah Jasamu Dikenang, penerima terdiri daripada Wan Zaini Wan Yahya dan Raja Endun Raja Abdul Rahman (pengasas penubuhan Pasti), Haji Abdul Halim Mat Shafie (penyumbang tanah untuk pembinaan Pasti) dan guru-guru awal iaitu Hajjah Hasnah Endut, Puan Fatimah Mohamad, Puan Fatimah Harun dan Puan Jamilah Ismail.

Tiga buah Pasti awal yang ditubuhkan di negeri ini iaitu Pasti Darul Salam Losong, Kuala Terengganu (1980), Pasti Gong Gemia (1980) dan Pasti Itqanul Hadid, Rusila (1981) menerima Anugerah Khas.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda PAS negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Pelbagai acara menarik diadakan pada sambutan yang bermula 22 hingga 24 Oktober itu yang melibatkan semua peringkat masyarakat seperti pertandingan mewarna, gerai pameran, sukaneka, derma darah, wacana ilmu, forum pendidikan Islam, jamuan rakyat, malam kesenian Islam dan lain-lain.

Last Updated ( Saturday, 24 October 2009 13:06 )

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 10:59 PM 0 comments

Thursday, October 22, 2009

Perasmian Jubli Perak PASTI Terengganu Di Rusila



RUSILA : Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, di Perkarangan Masjid Rusila semalan.

Turut hadir ialah Saudara Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat), Hj Yahaya Ali (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu) dan Ustaz Mohd Soud Said (Pengarah PASTI Negeri Terengganu).

Selepas pelancaran perasmian, YB Dato' Seri Presiden PAS melancarkan Kelab Ex-PASTI dengan penyerahan borang seramai 25 orang yang diketuai oleh Mohd Azrin Mohd Arif.

Kelab Ex-PASTI dianggotai oleh kesemua pelajar yang pernah mendapat pendidikan pra sekolah semenjak tahun 1980 dulu. Mereka sekarang adalah para pemuda dan pemudi yang berumur awal 30an.

Seterusnya penganugerahan sijil dan trofi kepada PASTI terawal di Terengganu sebanyak tiga buah iaitu PASTI Kg Losong Hj Mat Shafie (ditubuhkan pada 1980),PASTI Jalan Panji Alam (Gong Gemia) pada 1980 dan PASTI Kg. Rusila, Marang (1980).

Bagi menghargai kecekalan dan pengorbanan para pejuang PASTI, seramai tujuh orang telah dipilih menerima anugerah Tokoh Jubli Perak PASTI Terengganu iaitu Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Cg Hussin Ismail, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Ustaz Jusoh Othman, Cg Mohamad Deraman, Ustaz Zakaria Dagang dan Ustaz Azmi Mat Yassin.

Mereka semua merupakan tokoh yang bertanggungjawap memajukan PASTI menjadi institusi pra persekolahan yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hebat dari masyarakat.

Seramai tujuh orang pendokong PASTI telah menerima anugerah 'Jasamu Dikenang' iaitu Wan Zaini Wan Yahya, Tuan Hj Abdul Halim Mat Shafie, Cg Raja Endun Raja Abdul Rahman, Hajjah Hasnah Endut, Fatimah Mohd, Fatimah Harun dan Jamilah Ismail.

Pengorbanan mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Antaranya telah mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tapak PASTI dan sebagainya.

Sesungguhnya Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu akan membuka minda para pemuda dan pemudi menyoroti segala pengorbanan para pejuang PASTI di masa dahulu.

Semangat dan pengorbanan ini wajar dicontohi dan diteruskan oleh generasi muda demi memartabatkan pendidikan pra persekolahan di bumi Terengganu ini.

Sunday, October 18, 2009

PASTI Berkembang Pesat, Peneraju Pendidikan Prasekolah

KUALA TERENGGANU - Jabatan PASTI Negeri Terengganu kini mampu berbangga dengan pembangunan dicapai selepas berjaya mengekalkan kualiti perkhidmatan 25 tahun dahulu. Pengarahnya, Mohd Soud Said @ Mat Ali berkata, atas kesedaran dan sokongan penyokong Pasti, menjadikan institusi itu semakin diterima ramai dan pilihan masyarakat untuk menghantar anak belajar.


Menurutnya, berkat kerjasama tenaga pengajar dan keupayaan Pasti sebagai peneraju pendidikan prasekolah, memberi peluang pihaknya meluaskan lagi 'produk' sehingga peringkat lebih tinggi. “Ibarat kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ benar-benar menjadi realiti. "Sejarah dan tribulasi yang dilalui sepanjang membangunkan Pasti perlu dikenang semula sebagai perangsang kepada generasi pelapis pada masa depan,” katanya. Sehubungan itu, Mohd Soud berharap, Pasti akan terus berkembang pesat seiring hasrat kerajaan memperkasa sektor pendidikan prasekolah. "Kami akan terus berusaha memenuhi segala keperluan murid bagi memastikan keselesaan mereka sepanjang tempoh pembelajaran," katanya.

Saturday, October 17, 2009

Peperiksaan Akhir Tahun PASTI : 'Try Your Best And Be The Excellence One' Kepada Pelajar PASTI

KEMAMAN : Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2009 kepada semua 1,300 pelajar PASTI di seluruh Kemaman.

Peperiksaan dijadualkan berlangsung pada 19-22 Oktober 2009 dan dijalankan serentak di seluruh Malaysia di seluruh PASTI Qaryah.

Kertas peperiksaan disediakan oleh Unit Peperiksaan, Jabatan PASTI Pusat dan mula diedarkan di semua negeri, kawasan serta qaryah mulai semalam.

Pelajar lima dan enam tahun akan menduduki lapan matapelajaran sementara empat tahun dua matapelajaran.

Kepada semua pelajar PASTI, 'try your best and be the excellence one'.

Jadual Peperiksaan adalah seperti berikut :-

Friday, October 16, 2009

Dua Pelajar PASTI Kemaman Johan Membaca Peringkat Negeri Terengganu

KEMAMAN : PASTI Kemaman mengungguli Pertandingan Membaca BM, BI dan Jawi anjuran Jabatan PASTI Negeri Terengganu pada 16hb. Oktober lepas di PASTI Rusila, Marang, Terengganu.

PASTI Kemaman menjadi Johan dalam kategori Bahasa Inggeris dan Jawi disamping muncul sebagai Naib Johan dalam kategori Bahasa Malaysia.

Adik Ahmad Zafran Hakim Zakimi dari PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman muncul sebagai Johan kategori Bahasa Inggeris setelah menewaskan tujuh orang peserta lain.

Adik Maisarah Aisyah Samso dari PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman pula menjuarai kategori Jawi menewaskan peserta dari tujuh PASTI Kawasan lain.

Adik Rukaini Razali dari PASTI Bukit Mentok, Kemaman pula berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori Bahasa Malaysia.

Kedua pelajar yang menjuarai pertandingan peringkat negeri ini akan terpilih mewakili Jabatan PASTI Negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 30-31hb Oktober nanti di PUTIK, Kelantan.

Ketua MGP Kemaman, Puan Hasnah Abu Bakar berkata, "kemenangan ketiga pelajar dari PASTI Kemaman memang tidak diduga. Ianya natijah dari usaha dan komitmen para pelajar, ibubapa/penjaga dan guru".

"MGP akan mengiring peserta dari PASTI Kemaman yang berjaya ini ke pertandingan peringkat kebangsaan di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (PUTIK), Kelantan nanti", ujar Ketua MGP lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi I, Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah ketika dihubungi melahirkan rasa kesyukuran dengan pencapaian pelajar tersebut.

"Antara agenda utama Jabatan PASTI Kemaman ialah melahirkan pelajar yang cemerlang. Kemenangan ini membuktikan sasaran kecemerlangan telah berjaya direalisasikan", ujar beliau.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa/penjaga dan guru pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pertandingan tersebut.

Kombinasi ibubapa/penjaga pelajar serta para guru serta minat pelajar itu sendiri akan membuahkan produk yang berkualiti tinggi sepertimana kita lihat hasilnya dalam pertandingan peringkat negeri tersebut.

Tahniah kepada Jabatan PASTI Kawasan Kemaman. 'PASTI : Pendidikan Pra Sekolah Abad Ke-21'.

Thursday, October 15, 2009

Pendaftaran PASTI Kemaman : Kini Dibuka


Bagi sesi pengajian 2010, PASTI Kemaman telah membuka pendaftaran kepada seluruh masyarakat tempatan di 24 buah PASTI yang berada di seluruh kawasan Kemaman.


Kenapa memilih PASTI ?

Sila ikuti maklumat asas berkenaan PASTI seperti di bawah :-

VISI

Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui pendidikan pra sekolah sebagai elemen terpenting.

MISI

Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

MATLAMAT PENUBUHAN PASTI

Matlamat Am

1. Mengembalikan pemafahaman masyarakat umum kepada kepentingannya pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
2. Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.

Matlamat Khas

1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah s.a.w.
3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah
4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI

1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah , akhlak dan cenderong melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran , doa dan zikir.
5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

Semoga anda tidak kecewa dengan PASTI !

Wednesday, October 14, 2009

PASTI Kemaman Hantar 32 Peserta Ke Sambutan Jubli Perak


KEMAMAN : Jabatan PASTI Kawasan Kemaman akan menghantar seramai 32 orang peserta yang terdiri dari pelajar PASTI ke Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu di perkarangan Masjid Rusila, Marang pada 22hb - 24hb Oktober ini.

Menurut Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Kemaman, Puan Hasnah Abu Bakar, PASTI Kemaman akan mengambil bahagian dalam empat acara bagi kategori Acara Dewan iaitu pertandingan mewarna (20 pelajar), nasyid (10 pelajar), bersajak (seorang pelajar) dan bercerita (seorang pelajar).

"MGP Kemaman juga akan menghantar beberapa orang guru pengiring di program tersebut", kata Puan Hasnah Abu Bakar ketika dihubungi oleh blogger PASTI Kemaman.

Friday, October 9, 2009

Reunion Bekas Pelajar PASTI Seluruh Negeri Terengganu


Kepada semua bekas pelajar PASTI Negeri Terengganu

Dengan sukacitanya, antum semua dijemput hadir ke Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu seperti maklumat banner di atas.

Untuk maklumat, dalam sambutan ini akan dilancarkan Alumni PASTI Negeri Terengganu.

Hadirlah beramai-ramai dalam memeriahkan lagi sambutan yang gilang-gemilang ini.

Siru 'ala barakatillah & jumpa di sana.

Monday, October 5, 2009

Tokoh Guru PASTI 2009 - Ustazah Faridah Dawam Dari Perak



Ustazah Faridah Dawam dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di Kg Gajah Perak.Terlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI.

Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006.

Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma’ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah – Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.

Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..

Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti.

Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

TAHNIAH kepada Ustazah Faridah Dawam !

Saturday, October 3, 2009

Lawatan Unit Penaziran PASTI Pusat Ke PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman








BUKIT KUANG : Satu lawatan diketuai oleh Saudara Ridhuan Rashid selaku Pengarah, Unit Penaziran PASTI Pusat ke PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman telah diadakan pada pagi Jumaat lepas.

PASTI Al Hikmah telah berjaya menempatkan antara lima buah PASTI yang disenarai pendek (shortlisted) untuk Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) PASTI Peringkat Pusat.

Turut mengiringi delegasi dari Kuala Lumpur tersebut ialah Mantan Ketua Unit Penaziran PASTI Pusat dan Setiausaha Unit Penaziran PASTI Pusat.

Rombongan Unit Penaziran PASTI Pusat disambut oleh Ketua Unit Penaziran Jabatan PASTI Negeri Terengganu, Haji Abdullah Ngah, Pengerusi Jabatan PASTI Kawasan Kemaman , Timbalan Pengerusi I PASTI Kawasan Kemaman, Timbalan Pengerusi II PASTI Kawasan Kemaman serta Pengerusi Jemaah Ibubapa & Guru (JIBG), Pengerusi, AJK2 dan para Guru dan Pembantu PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang selaku tuan rumah.

Rombongan ini telah diberikan satu taklimat melalui tayangan slide multi media oleh Tuan Haji Pengerusi JIBG sendiri.

Saudara Ridhuan Rashid ketika mengulas menyatakan rasa kagum dengan pencapaian PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang memandangkan ianya baru dua tahun beroperasi.

Beliau yakin dengan komitmen dan kesungguhan Pengerusi,AJK dan para Guru & Pembantu Qaryah PASTI Al Hikmah akan menempa kecemerlangan dalam pendidikan pra persekolahan.

Pengerusi PASTI Al Hikmah, Bukit Kuang, YM Raja Mazlan Raja Muda memaklumkan kos pembangunan keseluruhan setakat ini sebanyak RM93,000.00 dari sumbangan dan hutang individu termasuk kos membeli satu lot tanah sebanyak RM35,000.00.

Jumlah pelajar seramai 130 orang termasuk pelajar PASTI PLUS, guru enam orang dan pembantu 2 orang.

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 7:56 PM

PASTI Marang Mengungguli Karnival PASTI Terengganu 2009








KEMAMAN : Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 memperlihatkan kecemerlangan PASTI Marang dalam karnival tahunan tersebut. PASTI Marang menjuarai futsal setelah menewaskan PASTI Dungun 3-2 dalam perlawanan akhir. PASTI Besut mendapat tempat ke-3 setelah menewaskan PASTI Setiu 5-4 dalam penentuan sepakan penalti.

Kemaman telah dipilih manjadi tuan rumah karnival pada tahun ini. Semua acara diadakan di Bandar Baru Bukit Mentok.

PASTI Kuala Terengganu berjaya menjadi jaguh bolajaring setelah menewaskan PASTI Marang dalam perlawanan akhir sementara PASTI Dungun mengalahkan tuan rumah PASTI Kemaman dalam perlawanan tempat ke-3/4.

PASTI Marang dinobatkan Juara Keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu setelah merangkul gelaran Johan futsal dan Naib Johan bola jaring.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Kemaman pada sebelah paginya dan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridhuan Hashim selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) di sebelah petangnya.

Penutup karnival secara simbolik dilakukan dengan penyerahan bendera karnival oleh Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman kepada bakal tuan rumah karnival 2010 iaitu Jabatan PASTI Kawasan Besut yang diwakili oleh Ustaz Mohd Kasbi Ismail selaku Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Besut.

Sayonara dan jumpa lagi di Besut tahun depan 2010...

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 9:48 PM

Guru & Pembantu PASTI Terima Sumbangan Ramadhan







Kedatangan bulan Ramadhan sememangnya penuh dengan keberkatan. Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan keampunan dan kemurahan rezeki. Rentetan dari itu, seramai 90 orang Guru dan Pembantu PASTI seluruh Kemaman telah diraikan dalam satu majlis Sumbangan Ramadhan PAS Kawasan Kemaman di perkarangan PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman.

Tenyata sumbangan para Guru dan Pembantu PASTI dalam pendidikan pra persekolahan begitu dihargai oleh pendokong Islam. Tahun lepas para Guru dan Pembantu hanya menerima sumbangan duit raya sahaja. Pada tahun ini disamping duit raya mereka juga mendapat satu set barangan keperluan harian.

Majlis penyampaian sumbangan Ramadhan telah disempurnakan oleh Alfadhil YB Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Alfadil YB Dato' Pesuruhjaya mengucapkan syabas kepada PAS Kawasan Kemaman mengadakan majlis seperti ini walaupun PAS tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Beliau yakin sumbangan dan sokongan para dermawan dan orang perseorangan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.

Alfadhil Ustaz juga berharap para pendidik di PASTI memeruskan usaha dakwah dan tetap istiqomah dengan kerjaya sebagai Guru PASTI. Walaupun elaun yang dibayar tidak seberapa tetapi beliau yakin sikap dan peranan Guru PASTI amat berharga dalam usaha memasyarakatkan PAS.

Beliau juga menyeru Jawatankuasa Qaryah yang menguruskan perjalanan PASTI di peringkat cawangan sentiasa pro aktif dan cakna kepada Guru dan Pembantu PASTI. Jangan lepas tangan dan lepas pandang terhadap perjalanan dan keperluan semasa di PASTI.

Majlis disudahi dengan Alfadhil Ustaz menyerahkan duit raya dan barangan keperluan kepada kesemua Guru dan Pembantu PASTI di Kemaman.

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 9:02 PM

Brainstorming Jabatan PASTI Kawasan Kemaman Sessi 2009/2011
















Jabatan PASTI Kawasan Kemaman telah mengadakan sessi brainstorming melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan dan Ahli Jawatankuasa Majlis Guru PASTI (MGP) bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kemaman pada pagi Isnin semalam.

Seramai 14 orang AJK Jabatan PASTI Kawasan dan 25 orang AJK MGP Kawasan telah hadir untuk sessi kali ini.

Objektif utama sessi brainstorming ialah untuk merancang, menjadual dan melaksanakan semua aktiviti yang melibatkan PASTI samada di peringkat qaryah (cawangan), kawasan , negeri maupun pusat.

Pengarah PASTI Kawasan Kemaman mengariskan beberapa strategi dan garis panduan yang akan digunapakai bagi melicinkan perjalanan pengurusan PASTI seperti Key Performance Index (KPI).

Antara agenda utama dalam kalendar PASTI 2009 ialah mengadakan Sukan PASTI Kawasan 2010 pada 30hb April - 1hb Mac 2010, merayakan Sambutan Jubli Perak PASTI Kawasan Kemaman, majlis mengumpul dana pra pendidikan, menganjurkan kursus pengurusan PASTI Qaryah melibatkan Pengerusi, Setiausaha & Bendahari pada 18hb. Disember 2009 dan Seminar PASTI : Tanggungjawap Masyarakat & Ibubapa pada 30hb Januari 2010.

Disamping itu, bagi memantapkan lagi kefahaman perjuangan, usrah bulanan akan diadakan, penilaian berdasarkan KPI, penubuhan PASTI baru dan pelancaran Unit Alumni PASTI.

Sessi brainstorming ini diharapkan akan menjadi pemacu kepada kegemilangan PASTI dan mendapat menambahkan bilangan pelajar untuk tahun akan datang.

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 5:55 AM

Warga PASTI Kawasan Kemaman Anjur Jamuan Raya






























Jabatan PASTI Kawasan Kemaman dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) Kemaman mengadakan Jamuan Raya pada 14 Syawal di Pantai Telaga Simpul, Telok Kalong, Kemaman.

Objektif utama ialah memupuk dan mengukuhkan semangat kekeluargaan diantara warga Jabatan PASTI Kemaman.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mempunyai 12 orang AJK, 15 orang AJK MGP, 80 orang guru dan pembantu serta 1,300 orang pelajar 4, 5 dan 6 tahun.

Kehadiran AJK Jabatan PASTI, MGP, Guru - Guru, Pembantu beserta kaum keluarga masing - masing ternyata memeriahkan majlis yang julung kali diadakan di pantai tersebut.

Peluang perjumpaan ini dimanafaatkan dengan sessi perkenalan dengan para suami dan anak - anak warga PASTI Kemaman.

Beberapa acara 'telematch' telah diadakan. Antaranya pertandingan tiub belon untuk kanak - kanak, kupas epal terpanjang untuk guru dan pembantu, duduk P. Ramlee untuk AJK dan para suami, jejak kasih untuk sekeluarga dan sessi uji minda untuk semua.

Pelbagai juadah dibawa oleh warga PASTI yang rata - ratanya masih dalam keadaan mood raya. Antara hidangan yang disediakan nasi minyak, laksa Terengganu, nasi himpit, mee hon, ketupak, rendang ayam, keropok dan pelbagai aneka kuih raya.

Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman juga membahagikan duit raya kepada semua kanak - kanak yang hadir.

Pelbagai aksi dan ragam dapat disaksikan sepanjang program. Rengetan dan tangisan kanak - kanak tidak terkecuali.

Semua ini adalah nostalgia yang dapat dikongsikan bersama untuk seluruh warga PASTI Kawasan Kemaman.

Selamat Hari Raya Idul Fitri - Maaf Zahir Dan Batin dari kami warga PASTI Kawasan Kemaman.
 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template