Kijal, 4hb. April- PASTI An-Nur
Nabila, Teluk Kalong muncul sebagai Juara Bola Sepak manakala PASTI Adam, Mak
Chili menjuarai acara bola jaring di Sukan PASTI Kawasan Kemaman 2015. Pasukan
bola sepak PASTI An Nur Nabila menewaskan lawannya dari PASTI Al Amin dengan
penentuan penalti. Manakala acara bola jaring pula, pasukan PASTI Adam
menewaskan pasukan PASTI Ar Rahman.
Sebanyak 18 buah PASTI menyertai acara
bola sepak dan 8 buah untuk bola jaring. Sementara itu PASTI Al Hidayah,
Kemasik dan PASTI Nurul Ehsan, Pasir Minal menduduki tempat ke-3 dan ke-4 untuk
acara bola sepak manakala PASTI Al Mahabbah, Bukit Kuang dan PASTI Bestari Al
Hikmah, Bukit Kuang menduduki tempat ke-3 dan ke-4 bagi acara bola jaring.
Antara pasukan bola sepak yang
mengambil bahagian ialah PASTI Ar Rahman, PASTI Al Qamariah, PASTI Al Falah,
PASTI Adam, PASTI Al Falah, PASTI Nur Islam dan PASTI Syawal.
Turut terlibat ialah PASTI Al
Mahabbah, PASTI Al Furqan, PASTI Permai Jaya, PASTI Al Jihadi, PASTI Bestari Al
Hikmah, PASTI Al huda, PASTI As Siddiq dan PASTI yang baru ditubuhkan pada sesi
2015 iaitu PASTI Ar Raudhah.
Bagi acara bola jaring, pasukan yg
terlibat ialah PASTI Al Amin, PASTI Al Falah, PASTI Al Hidayah dan PASTI Al
jihadi.