Sunday, October 18, 2009

PASTI Berkembang Pesat, Peneraju Pendidikan Prasekolah

KUALA TERENGGANU - Jabatan PASTI Negeri Terengganu kini mampu berbangga dengan pembangunan dicapai selepas berjaya mengekalkan kualiti perkhidmatan 25 tahun dahulu. Pengarahnya, Mohd Soud Said @ Mat Ali berkata, atas kesedaran dan sokongan penyokong Pasti, menjadikan institusi itu semakin diterima ramai dan pilihan masyarakat untuk menghantar anak belajar.


Menurutnya, berkat kerjasama tenaga pengajar dan keupayaan Pasti sebagai peneraju pendidikan prasekolah, memberi peluang pihaknya meluaskan lagi 'produk' sehingga peringkat lebih tinggi. “Ibarat kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ benar-benar menjadi realiti. "Sejarah dan tribulasi yang dilalui sepanjang membangunkan Pasti perlu dikenang semula sebagai perangsang kepada generasi pelapis pada masa depan,” katanya. Sehubungan itu, Mohd Soud berharap, Pasti akan terus berkembang pesat seiring hasrat kerajaan memperkasa sektor pendidikan prasekolah. "Kami akan terus berusaha memenuhi segala keperluan murid bagi memastikan keselesaan mereka sepanjang tempoh pembelajaran," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template