Tuesday, March 9, 2010

PASTI Bestari Al Hikmah Terima Kunjungan Pelbagai Pihak


(Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman bersama Penasihat dan Pengerusi PASTI Bestari Al Hikmah dan Ketua rombongan dari Jabatan PASTI Negeri Kelantan).

BUKIT KUANG, 8hb. Mac : PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang telah menerima kunjungan pelbagai pihah yang ingin meninjau dan berkongsi pengalaman mengurus dan mengoperasi pusat pendidikan pra persekolahan.


Kejayaan PASTI Bestari Al Hikmah menjadi Johan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Jabatan Pendidikan PASTI Pusat melonjakkan nama PASTI Bestari Al Hikmah sebagai 'role model' PASTI seluruh Malaysia.


Menurut Puan Manisah Endut, Guru Besar PASTI Bestari Al Hikmah, pihak pengurusan PASTI Bestari Al Hikmah tidak mempunyai masalah untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan bersama semua pihak demi perbangunan Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam (PASTI) khususnya.


'Pihak kami telah menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Negeri Kelantan seramai 40 orang dan Ahli jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Kuala Nerus juga seramai 40 orang pada 28hb. Frbruari lepas', jelasnya ketika dihubungi oleh wakil www.dppkk.org.


'Pada 16hb. Mac ini kami akan menerima kunjungan dari Jabatan PASTI Kawasan Kuala Terengganu dan 20hb. Mac pula dari Jabatan PASTI Kawasan Dungun', ujarnya lebih lanjut.


Turut hadir semasa kunjungan rombongan dari Kelantan dan Kuala Nerus tersebut ialah Saudara Suffian Ismail (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman), YM Raja Mazlan Raja Muda (Penasihat PASTI Bestari Al Hikmah), Haji Ahmad Bashir Haji Ismail (Pengerusi PASTI Bestari Al Hikmah) serta kesemua ahli jawatankuasa dan para guru PASTI Bestari Al Hikmah.


Kesemua rombongan diberi taklimat berkenaan pengurusan dan sistem pembelajaran pra persekolahan yang digunapakai dengan kaedah tayangan slide bergambar.


"PASTI - 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN"


Suffian Ismail, Naib Ketua DPPKK sedang memberi ucapan aluan kepada rombongan.



Sebahagian rombongan yang melawat PASTI Bestari Al Hikmah.
 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template