Saturday, November 28, 2009

PASTI akan buang hadis palsu dalam buku teks pra sekolah

Malaysiakini : Jabatan Pendidikan, Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya.

Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005.

"Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai.

"Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.

Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi "hubbul watan minal iman" atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.

Selepas merujuk beberapa sumber ulama, beliau menyimpulkan bahawa "hadis ini memang jelas kepalsuannya, sehinggakan para ulama hadis tidak menjumpainya di mana-mana kitab pun dan tidak diketahui siapakah perawinya" dan "hadis palsu haram diajarkan melainkan untuk memberitahu kepalsuannya".

Khairul Azmi menggesa penyusun sukatan pelajaran PASTI membuat penelitian semula dan penambahbaikan terhadap teks-teks rujukan murid supaya kesilapan seumpama ini tidak berulang.

Menurut Kamarul Arif lagi, Jabatan PASTI Dewan Pemusa Pas Pusat pada asalnya bercadang menerbitkan edisi baru buku teks itu tahun ini tetapi gagal kerana ia masih di peringkat penyusunan dan reka letak buku tersebut.

Wednesday, November 25, 2009

PASTI Kaw Kemaman Sasar 1,500 Pelajar Tahun 2010 ; Penyelaras PASTI Kemaman

Ridzuan Mohamad (Timbalan Penyelaras) nampak serius...
Selamat Datang Ke Jabatan PASTI Kemaman...Ustaz Wan Mohd Zawawi Wan Hassan (Penolong Bendahari)
Dua orang kuat Jabatan PASTI Kawasan Kemaman..Abdul Rolit Md Yusof dan Ridzuan Mohamad.
Ketua Unit Ko-kurikulum & Sukan, Abdul Rolit Md Yusof tersenyum manja...
Hamzah Mohamad (Ketua Unit peperiksaan) berjaya mengendalikan Peperiksaan Pelajar cemerlang PASTI Kemaman bulan lepas dengan sempurna.

KEMAMAN : Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mensasarkan 1,500 pelajar tahun 4,5 dan 6 bagi sessi pra persekolahan 2010 nanti.

Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata beberapa pendekatan dan strategi telah diatur untuk mencapai sasaran tersebut.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman akan mengambil inisiatif besepadu dengan memperhebatkan promosi kepada ibubapa dan penjaga pelajar untuk mendaftarkan anak mereka ke PASTI.

'Kami akan mengeluarkan banner untuk setiap DUN disamping mencetak 4,000 pamplet berkenaan PASTI untuk diedarkan kepada seluruh masyarakat di Kemaman', ujar Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman yakin ibubapa/penjaga kanak - kanak akan memilih PASTI sebagai wadah pendidikan pra persekolahan untuk anak mereka.

Kurikulum dan kokurikulum bersepadu PASTI yang bermatlamat melahirkan pelajar soleh dan solehan dilihat sebagai satu aset penting yang ditawarkan oleh PASTI berbanding dengan Kelas Bimbingan Kanak - Kanak lain.

Sehubungan itu, satu perbincangan persiapan sessi pra persekolahan PASTI 2010 telah diadakan di Pejabat PAS Kawasan Kemaman malam tadi.

Antara yang hadir ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Penyelaras), Mohd Tishaah Hamzah (Timbalan Penyelaras 1), Ridzuan Mohamad (Timbalan Penyelaras 2), Usman Yusoff (Setiausaha), Ustaz Wan Mohd Zawawi Wan Hassan (Penolong Bendahari), Hamzah Mohamad (Ketua Unit Peperiksaan) dan Abdul Rolit Md Yusof (Ketua Unit Kokorikulum dan Sukan).

"PASTI 25 Tahun Memimpin Perubahan".

"PASTI : Pendidikan Pra Sekolah Abad Ke-21".


Monday, November 16, 2009

Ihtifal Gabungan PASTI Mukim Binjai Kali Ke-9 Dirasmikan Naib YDP Kemaman

Pengarah Ihtifal Gabungan PASTI Mukim Binjai 2009, Ridzuan Mohamad sedang berucap mewakili Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.
Persembahan nasyid gabungan pelajar muslimin dan muslimat...masing - masing nak menonjolkan diri...
Pelajar muslimat memonopoli 'kecemerlangan'...pelajar Cemerlang Keseluruhan Ihtifal PASTI Mukim Binjai 2009 bagi lima dan enam tahun bersama hadiah 'basikal sport'...respeklah pada kaum muslimat...

Ustaz Hj Hazri menyampaikan Sijil PASTI kepada salah seorang pelajar 6 tahun yang akan meninggalkan PASTI...
'Ya Allah....ampunilah dosa kedua ibubapa/penjaga kami sepertimana mereka menjaga dan mengasihi kami semenjak kecil....Amiiin', antara doa harian yang dilafazkan.
Persembahan nasyid gabungan...hampir memenuhi setiap ruang dan inci pentas.
Gabungan pelajar muslimin vs muslimat...biru vs purple...
'mana cikgu Afiq ni....perut dah keroncong ni tau....', bisikan hati siapa yang tahu.
Sebahagian ibubapa/penjaga yang hadir meraikan...
Adik kecik bersama bapanya melihat kakak mereka bernasyid...
Sebahagian ibu/muslimat yang hadir memberi sokongan moral kepada anak mereka.
Ustaz Haji Hazri Jusoh, Naib YDP PAS Kawasan Kemaman menyampaikan ucapan perasmian.

BINJAI : Majlis Ihtifal Gabungan PASTI Mukim Binjai Kali Ke-9 pada 2009 telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Haji Hazri Jusoh pada 14hb. November 2009 lepas.

PASTI Nurul Ehsan, Pasir Minal menjadi tuan rumah 2009 pada ihtifal gabungan bagi seluruh PASTI yang berada dalam Mukim Binjai tersebut.

Menurut Pengarah Ihtifal Gabungan 2009, Ridzuan Mohamad, ihtifal gabungan ini dapat menjimatkan masa dan kos kerana ianya diadakan sekali merangkumi lima buah PASTI.

'Disamping itu, majlis ini dapat mengumpulkan kesemua pihak pengurusan, guru, pembantu dan ibubapa/penjaga.

Ini dapat mempereratkan lagi ikatan persaudaraan dan dapat bertukar pandangan serta pendapat sesama ahli jawatankuasa pengurusan PASTI', ujar Ridzuan Mohamad yang juga Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.

'PASTI : 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN'

Saturday, November 14, 2009

Yaumul Ihtifal PASTI Adam, Mak Chili 2009 Meriah

KEMAMAN : Sambutan Hari Ihtifal PASTI Adam, Mak Chili 2009 telah dirasmikan oleh Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abd Karim.

Beliau begitu terharu dengan sambutan dan sokongan ibu bapa yang terus memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti walaupun pakej rangsangan berjuta ringgit yang ditawarkan kerajaan UMNO/BN dalam bajet baru-baru ini untuk mengalih sistem pendidikan pra sekolah mengikut acuan mereka.

jab pasti kmn

Pemeriksaan Perbarisan Pelajar PASTI oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim diiringi oleh Pihak Pengurusan PASTI Adam.

jab pasti kmn
Acara 'pakaian beragam' menampilkan pelbagai fesyen terkini termasuk pasukan berunifom.
jab pasti kmn
Persembahan nasyid berkumpulan gandingan pelajar muslimin dan muslimah dengan lagu 'selimut putih'...
jab pasti kmn

Ibubapa/penjaga pelajar melihat perbarisan anak mereka sambil merakamkan gambar untuk kenangan.

Majlis yang telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.
Aturcara telah disusun rapi dengan persembahan nasyid, pakaian beragam, sajak, hafalan Quran, dikir barat, bercerita dan penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar .

Para tetamu dan ibu bapa telah dihidangkan dengan nasi minyak special Mak Chili pada akhir Majlis.

Kami seluruh warga Pasti Adam Mak Chili mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Yaumul Ihtifal Pasti Adam Mak Chili Sessi 2009 ini.

'PASTI : 25 Tahun Memimpin Perubahan'

Friday, November 13, 2009

Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kerteh, Teruskan Kecemerlangan - Penyelaras PASTI Kemaman

Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman sedang berucap di Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kerteh.

Ucapan aluan dari Pengerusi PASTI Ar Rahman, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah

Persembahan pelajar enam tahun yang akan meninggalkan PASTI...

Persembahan sajak dan ikrar berjaya mencuit hati ibubapa/penjaga...'kami berjanji tidak akan meninggalkan solat lima waktu...'

KERTEH : Jabatan PASTI Kawasan Kemaman dibawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) menyeru jawatankuasa PASTI di qaryah meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan pra persekolahan di cawangan masing - masing.

Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata demikian di perasmian Majlis Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kerteh pada pagi Jumaat lepas.

'Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Kemaman juga merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ibubapa/penjaga pelajar yang meletakkan keyakinan yang tinggi kepada PASTI.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Tuan Haji Ismail Harun, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman dan seluruh AJK PAS Kawasan Kemaman yang cukup banyak menyumbang jasa untuk pembangunan PASTI.

Kepada Ketua dan AJK DPPKK, pengurusan PASTI peringkat DUN dan Qaryah, guru - guru dan para pembantu yang tidak jemu melayan kerenah anak PASTI, masyarakat dan orang perseorangan yang sentiasa mencurah bakti untuk melihat kesinambungan kejayaan PASTI ini, tiada pengharapan yang lebih tinggi melainkan semua ganjaran tersebut tidak disia-siakan oleh Allah swt', ujarnya lagi.

'Hasrat kami, ibubapa/penjaga yang menghantar anak mereka ke PASTI bukan setakat kerana keyakinan dan rasa simpati tetapi mempunyai perasaan bangga terhadap sistem yang kami tawarkan dan tahap kecemerlangan yang telah dicapai', katanya.

Sebagai sebuah pusat pra pendidikan yang tidak bermotifkan keuntungan, pelbagai cabaran getir dan amat berat terpaksa ditempuhi termasuklah oleh ibubapa/penjaga pelajar sendiri.

Disamping itu, pihak Pengurusan Jabatan PASTI Kawasan Kemaman sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi pengurusan PASTI.

Beberapa pendekatan baru telah diambil terutamanya untuk meningkatkan mutu pengajaran guru - guru disamping keberkesanan pengurusan oleh qaryah sendiri.

Hasilnya amat memberangsangkan setakat ini. Sempena Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu yang diadakan di Rusila pada bulan lepas, dua orang pelajar PASTI Kawasan Kemaman telah menjadi Johan peringkat Negeri bagi pertandingan membaca kategori Jawi dan Bahasa Inggeris.

Peringkat PASTI Pusat pula menyaksikan PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang berjaya menjadi Johan Kebangsaan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan).

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman ingin mengucapkan Tahniah kepada pelajar, guru dan ibubapa/penjaga pelajar serta pihak pengurusan PASTI terbabit.

'SELAMAT BERIHTIFAL 2009'

'PASTI ; 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN'.

Wednesday, November 11, 2009

Selamat Berihtifal Kepada Seluruh PASTI Di Kemaman ; Penyelaras PASTI Kemaman


KEMAMAN : Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan 'Selamat Berihtifal' kepada kesemua PASTI di Kemaman.

Ihtifal PASTI diadakan bagi meraikan para pelajar yang berjaya menamatkan pendidikan pra persekolahan mereka di PASTI.

Bagi pelajar enah tahun, Ihtifal merupakan majlis 'Selamat Tinggal' yang akan meninggalkan PASTI buat selamanya akan menerima Sijil Berhenti PASTI bagi pengiktirafan kepada mereka.

Para pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun akan menerima hadiah akademik disamping hadiah non-akademik seperti kehadiran terbaik, kebersihan fizikal terbaik, kecantikan akhlak dan pelajar cemerlang keseluruhan.

Para pelajar juga akan mengadakan persembahan seperti bacaan Al Quran, bacaan doa harian, berkhutbah, bernasyid dan pentomin yang akan dipersembahkan kepada para tetamu dan ibubapa/penjaga mereka.

Inilah antara produk PASTI. Siapa sangka anak - anak berumur 4 tahun yang dihantar ke PASTI yang tidak tahu menulis dan membaca sudah petah berucap dan bernasyid di hadapan ibubapa/penjaga.

Selamat Berihtifal kepada PASTI.

Berikut adalah jadual Majlis Ihtifal 2009 bagi PASTI Kemaman :-

A. DUN AIR PUTIH

1. PASTI Adam, Mak Chili - 14/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman.

2. PASTI Al Falah, PASTI Al Qamariah, PASTI Darul Yakin, PASTI Permai Jaya & PASTI Nurul Ehsan, Pasir Minal (Ihtifal Gabungan Mukim Binjai) - 14/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Hj Hazri Jusoh, Naib YDP PAS Kemaman, wakil Jabatan PASTI ialah Ridzuan Mohd (Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman).

3. PASTI Khaf, FELDA Neram - 19/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Zulkifli (AJK MTD Air Putih), wakil Jabatan PASTI ialah Azman Kadir (AJK Jabatan PASTI Kemaman).

4. PASTI Syawal, Cheneh - 14/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Zulkifli (AJK MTD Air Putih), wakil Jabatan PASTI ialah Abdul Rolit Md Yusoff (AJK Jabatan PASTI Kemaman).

5. PASTI Bukit Mentok, 14/11/2009, 2.00 petang, perasmian oleh Ustaz Nik Nasri Nik Malik (AJK PAS Kawasan Kemaman).

B. DUN CHUKAI

1. PASTI As Siddiq, Geliga - 19/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Ustaz Wan Mohd Zawawi Wan Hassan (Penolong Bendahari Jabatan PASTI Kemaman).

2. PASTI Al jihadi, Berenjut - 20/11/2009, perasmian oleh Hj Hanafian Mat (Pengarah MTD Chukai), wakil Jabatan PASTI ialah Ustaz Wan Mohd Zawawi Wan Hassan (Penolong Bendahari Jabatan PASTI Kemaman).

C. DUN KIJAL

1. PASTI Bistari Al Hikmah, Bukit Kuang - 14/11/2009, perasmian oleh Timbalan Pengarah Jabatan PASTI Negeri Terengganu, wakil Jabatan PASTI ialah Ustaz Ramlan Mahmud (Setiausaha DPPKK).

2. PASTI Muhabbah, Bukit Kuang - 19/11/2009, perasmian oleh Ustaz Ramlan Mahmud (Setiausaha DPPKK).

3. PASTI Al Amin, Kijal - 21/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Hj Ismail Harun YDP PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Mohd Tishaah Hamzah (Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman).

D. DUN KEMASIK

1. PASTI Ar Rahman, Kerteh - 13/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Amiruddin Abdul Halim (Penolong Setiausaha Jabatan PASTI Kemaman).

2. PASTI Hidayah, Kemasik - 14/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Saiful Azmi Suhaili (AJK DPPKK).

3. PASTI Al Abrar, Kerteh - 14/11/2009, 2.00 petang, perasmian oleh Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Mohd Tishaah Hamzah (Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kermaman).

4. PASTI Ammar, Kg. Chabang - 15/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Wan Mohd Faisal Wan Abdullah (AJK DPPKK).

5. PASTI As Syakirrin, Kg. Batu Putih - 17/11/2009, 2.00 petang, perasmian oleh Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan YDP PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Amiruddin Abdul Halim (Penolong Setiausaha Jabatan PASTI Kemaman).

6. PASTI Al Munawwarah, Pengkalan Ranggon - 20/11/2009, 3.00 petang, perasmian oleh Amri Mamat (Ketua Penerangan PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Mohd Tishaah Hamzah (AJK DPPKK).

7. PASTI Al Husna, Semayor - 20/11/2009, 9.00 pagi, perasmian oleh Amri Mamat (Ketua Penerangan PAS Kemaman), wakil Jabatan PASTI ialah Maznan Chik (AJK DPPKK).

Saturday, November 7, 2009

PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman Johan Pertandingan 3K PASTI Pusat

Puan Manisah Endut, Guru Besar PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman.

Permandangan dari luar...kibaran bendera Malaysia, Terengganu,PASTI dan PAS menggamit kedatangan pelajar.

Permandangan bahagian 'entrance' dengan 'appearence' yang ceria dan menarik.

Pondok ini untuk pelajar berehat seketika melepaskan penat dan tempat pihak Pengurusan bertukar pendapat.

Permandangan dalam bangunan yang nampak bersih, kemas, ceria dan menarik perhatian pelajar.

Taman rekreasi untuk pelajar beriadah dan merehatkan minda seketika ketika berada di PASTI Bestari Al Hikmah.

KOTA BAHRU : PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) 2009 anjuran Jabatan Pendidikan, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat yang diadakan pada 30-31hb. Oktober 2009 di Kota Bahru, Kelantan.

Pertandingan 3K Peringkat PASTI Pusat diadakan sempena dengan Sambutan Jubli Perak PASTI Pusat pada 2009 ini.

Sebelum itu, PASTI Bestari Al Hikmah telah berjaya memasuki antara lima buah PASTI 'shortlisted' untuk peringkat akhir.

Menurut Guru Besar PASTI Bestari Al Hikmah, Puan Manisah Endut, kejayaan itu dianggap sebagai pemangkin kepadanya untuk meneruskan usaha dalam bidang pra pendidikan kepada kanak - kanak.

'Saya rasa amat bersyukur dengan kejayaan ini sementelah lagi PASTI ini dianggap antara anak bongsu di Kemaman ini', jelas Puan Manisah.

'Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak, pihak Pengurusan, JIBG, para guru, ibubapa/penjaga dan pelajar', ujarnya ketika ditemuramah oleh wakil Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan 'tahniah' kepada PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang dengan kejayaan tersebut.

Adik Mohd Zafran Hakim, PASTI Bestari Al Hikmah, Pelajar Cemerlang 6 Tahun PASTI Kemaman 2009

Suasana keseluruhan dalam bilik peperiksaan Pelajar Cemerlang 2009.

Pemeriksa Kertas Soalan, Pn. Hasnah Abu Bakar, Pn. Puziah Mohd & Pn. Manisah Endut.

Juruaudit Markah terdiri dari Ridzuan Mohd & Hamzah Mohd.


Azman Abdul Kadir, Hamzah Mohd & Pn. Hasnah Abu Bakar sedang berbincang sebelum keputusan disahkan.

Penolong Bendahari PASTI Kawasan Kemaman, Wan Mohd Zawawi Wan Hassan sedang meneliti keputusan.

Ketua MGP, Puan Hasnah Abu Bakar sedang mengawasi suasana dalam bilik peperiksaan.

Ketua Unit Korikulum, Puan Manisah Endut nampak cool saje di belakang pelajar.

Ketua Unit Ko-korikulum, Abdul Rolit Md Yusof sedang mengagihkan makanan dan minuman.

Ketua Unit Peperiksaan, Hamzah Mohd mengetuai pasukan unit peperiksaan.

Nampak jelas jumlah barisan pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki.

Dua pelajar perempuan tenang sebelum memulakan peperiksaan.

Jangan ganggu...tengah 'concentrate' ni...'lepas ni nak ajak abah pergi KFC'...

'apa ye syarat wajib ambil wudhu....emmm...pening ni...', sempat lagi menggigit hujung pensil.

'Awak...salah lah ni...saya nak pinjam pemadam kejap...'

'Emmm...kalau dapat No. 2, duit hadiah nak beli kereta kebal kat Center Point...'

KEMAMAN : PASTI Bistari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman meneruskan pencapaian kecemerlangan apabila pelajar enam tahunnya, Adik Mohd Zafran Hakim mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Pelajar Cemerlang PASTI Kawasan Kemaman.

Adik Rukaini Razak, PASTI Nur Islam, Bukit Mentok mendapat tempat kedua manakala Adik Nur Risqah Faizal Izham dari PASTI Syawal, Cheneh menduduki tempat ketiga.

Bagi kategori lima tahun, Adik Khalih Hadaina Hasbi dari PASTI Syawal, Cheneh muncul tempat pertama, Adik Mohd Harith Razali, PASTI Nur Islam, Bukit Mentok tempat kedua manakala Adik Amira Afina Ahmad, PASTI Bestari Al Hikmah mendapat tempat ketiga.

Peperiksaan Pelajar Cemerlang 2009 anjuran Jabatan PASTI Negeri Terengganu bertujuan mengumpulkan pelajar Cemerlang dari setiap PASTI Kawasan.

Peperiksaan di peringkat kawasan ini mengumpulkan kesemua pelajar 5 dan 6 tahun yang mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun di PASTI Qaryah masing - masing.

Keputusan tersebut melayakkan Adik Mohd Zafran Hakim dan Adik Khalih Hadaina Hasbi mewakili PASTI Kawasan Kemaman ke Peperiksaan Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 22hb. November 2009 di Pejabat PASTI Negeri Terengganu.

Adik Mohd Zafran Hakim juga merupakan Johan Pertandingan Membaca (Kategori Bahasa Inggeris) Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Rusila sempena Sambutan 25 Tahun PASTI Negeri baru - baru ini.

Beliau telah mewakili PASTI Negeri Terengganu ke Pertandingan Membaca Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kota Bahru pada 30-31hb. Oktober lepas sempena Sambutan Jubli Perak PASTI Pusat.

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat nombor 1,2&3 telah disempurnakan oleh Timbalan Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman, Mohd Tishaah Hamzah.

Peperiksaan Pelajar Cemerlang PASTI Kawasan Kemaman dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa PASTI Kemaman dan dibantu oleh Majlis Guru PASTI Kemaman.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, lebihkan usaha di masa akan datang untuk mendapat kecemerlangan.

Thursday, November 5, 2009

PASTI tarik pelajar tahun 1 kembali ke kelas PASTI



KOTA BHARU, 28 Okt: Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) Malaysia akan memperkenalkan Kurikulum Kaafah (Kurikulum Asas Fardhu Ain dan Asas Fardhu Kifayah) dalam kurikulum pembelajaran Pasti.

Pengarahnya, Azrin Abd Majid berkata, kurikulum baru bermatlamat menarik semula kanak-kanak lepasan Pasti yang berada di tahap satu kembali semula ke Pasti.

"Mereka boleh mendapat pendidikan lanjutan dalam bentuk modul pendidikan Islam dan juga akademik selama 30 minggu setahun,"katanya di sini.

Katanya, pelancaran kurikulum itu nanti akan mencetuskan sejarah baru buat Pasti.

Menurutnya kurikulum Kaafah juga merupakan konsep usrah atau tuisyen kepada anak-anak yang berusia seawal tujuh tahun.

Beliau juga berkata, sambutan terhadap Pasti begitu menggalakkan termasuk anak-anak bukan Islam dihantar belajar di kelas Pasti.

"Kita juga menubuhkan Pasti khusus untuk anak-anak orang bukan Islam seperti di Kuala Kangsar, Perak iaitu anak-anak orang India yang tinggal di ladang di negeri itu.

"Kami juga mewujudkan Pasti di Bagan Nakhoda Omar Kelang, Selangor di mana seramai 20 pelajar anak kaum Tionghua,"katanya.

Manakala di Kelantan terdapat Pasti yang dibuka di kampung penduduk Siam.

Kata beliau Pasti membuka Pasti yang 'multiratio' bagi memberi pendidikan khusus kepada anak-anak di kawasan penduduk pelbagai kaum.

Beliau juga berkata, cabaran dengan wujudnya kelas prasekolah di sekolah kebangsaan dan projek Permata Negara pada peringkat awal ada sedikit kesan kepada Pasti.

"Namun dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini Pasti menunjukkan lonjakan pertambahan pelajar yang sangat menggalakkan.

"Jelas berlaku pertambahan bilangan pelajar dengan adanya kerajaan Pakatan," katanya.

Mengenai sambutan 25 Tahun Pasti Malaysia, beliau berkata objektif sambutan itu bagi menghargai tenaga pencetus dan penggerak zaman awal penubuhannya.

Katanya, pencapaian Pasti selama 25 tahun dapat merapatkan ukhuwah di kalangan saf kepimpinan Pasti Pusat, negeri, kawasan dan cawangan.

Sambutan itu akan diadakan 30 dan 31 Oktober ini bertempat di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.

Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Manakala pada malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahmuf Omar; Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan dan Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Dan pada 31 Oktober diadakan perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Pasti Malaysia.
 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template