Pengarah Ihtifal Gabungan PASTI Mukim Binjai 2009, Ridzuan Mohamad sedang berucap mewakili Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.
Pelajar muslimat memonopoli 'kecemerlangan'...pelajar Cemerlang Keseluruhan Ihtifal PASTI Mukim Binjai 2009 bagi lima dan enam tahun bersama hadiah 'basikal sport'...respeklah pada kaum muslimat...
Ustaz Hj Hazri menyampaikan Sijil PASTI kepada salah seorang pelajar 6 tahun yang akan meninggalkan PASTI...
'Ya Allah....ampunilah dosa kedua ibubapa/penjaga kami sepertimana mereka menjaga dan mengasihi kami semenjak kecil....Amiiin', antara doa harian yang dilafazkan. BINJAI : Majlis Ihtifal Gabungan PASTI Mukim Binjai Kali Ke-9 pada 2009 telah dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Haji Hazri Jusoh pada 14hb. November 2009 lepas.
PASTI Nurul Ehsan, Pasir Minal menjadi tuan rumah 2009 pada ihtifal gabungan bagi seluruh PASTI yang berada dalam Mukim Binjai tersebut.
Menurut Pengarah Ihtifal Gabungan 2009, Ridzuan Mohamad, ihtifal gabungan ini dapat menjimatkan masa dan kos kerana ianya diadakan sekali merangkumi lima buah PASTI.
'Disamping itu, majlis ini dapat mengumpulkan kesemua pihak pengurusan, guru, pembantu dan ibubapa/penjaga.
Ini dapat mempereratkan lagi ikatan persaudaraan dan dapat bertukar pandangan serta pendapat sesama ahli jawatankuasa pengurusan PASTI', ujar Ridzuan Mohamad yang juga Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.
'PASTI : 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN'










0 comments:
Post a Comment