Saturday, November 7, 2009

PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman Johan Pertandingan 3K PASTI Pusat

Puan Manisah Endut, Guru Besar PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman.

Permandangan dari luar...kibaran bendera Malaysia, Terengganu,PASTI dan PAS menggamit kedatangan pelajar.

Permandangan bahagian 'entrance' dengan 'appearence' yang ceria dan menarik.

Pondok ini untuk pelajar berehat seketika melepaskan penat dan tempat pihak Pengurusan bertukar pendapat.

Permandangan dalam bangunan yang nampak bersih, kemas, ceria dan menarik perhatian pelajar.

Taman rekreasi untuk pelajar beriadah dan merehatkan minda seketika ketika berada di PASTI Bestari Al Hikmah.

KOTA BAHRU : PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang, Kemaman, Terengganu berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) 2009 anjuran Jabatan Pendidikan, Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat yang diadakan pada 30-31hb. Oktober 2009 di Kota Bahru, Kelantan.

Pertandingan 3K Peringkat PASTI Pusat diadakan sempena dengan Sambutan Jubli Perak PASTI Pusat pada 2009 ini.

Sebelum itu, PASTI Bestari Al Hikmah telah berjaya memasuki antara lima buah PASTI 'shortlisted' untuk peringkat akhir.

Menurut Guru Besar PASTI Bestari Al Hikmah, Puan Manisah Endut, kejayaan itu dianggap sebagai pemangkin kepadanya untuk meneruskan usaha dalam bidang pra pendidikan kepada kanak - kanak.

'Saya rasa amat bersyukur dengan kejayaan ini sementelah lagi PASTI ini dianggap antara anak bongsu di Kemaman ini', jelas Puan Manisah.

'Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak, pihak Pengurusan, JIBG, para guru, ibubapa/penjaga dan pelajar', ujarnya ketika ditemuramah oleh wakil Jabatan PASTI Kawasan Kemaman.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan 'tahniah' kepada PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang dengan kejayaan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template