Friday, November 13, 2009

Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kerteh, Teruskan Kecemerlangan - Penyelaras PASTI Kemaman

Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman sedang berucap di Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kerteh.

Ucapan aluan dari Pengerusi PASTI Ar Rahman, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah

Persembahan pelajar enam tahun yang akan meninggalkan PASTI...

Persembahan sajak dan ikrar berjaya mencuit hati ibubapa/penjaga...'kami berjanji tidak akan meninggalkan solat lima waktu...'

KERTEH : Jabatan PASTI Kawasan Kemaman dibawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) menyeru jawatankuasa PASTI di qaryah meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan pra persekolahan di cawangan masing - masing.

Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata demikian di perasmian Majlis Ihtifal PASTI Ar Rahman, Kerteh pada pagi Jumaat lepas.

'Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Kemaman juga merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ibubapa/penjaga pelajar yang meletakkan keyakinan yang tinggi kepada PASTI.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Tuan Haji Ismail Harun, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman dan seluruh AJK PAS Kawasan Kemaman yang cukup banyak menyumbang jasa untuk pembangunan PASTI.

Kepada Ketua dan AJK DPPKK, pengurusan PASTI peringkat DUN dan Qaryah, guru - guru dan para pembantu yang tidak jemu melayan kerenah anak PASTI, masyarakat dan orang perseorangan yang sentiasa mencurah bakti untuk melihat kesinambungan kejayaan PASTI ini, tiada pengharapan yang lebih tinggi melainkan semua ganjaran tersebut tidak disia-siakan oleh Allah swt', ujarnya lagi.

'Hasrat kami, ibubapa/penjaga yang menghantar anak mereka ke PASTI bukan setakat kerana keyakinan dan rasa simpati tetapi mempunyai perasaan bangga terhadap sistem yang kami tawarkan dan tahap kecemerlangan yang telah dicapai', katanya.

Sebagai sebuah pusat pra pendidikan yang tidak bermotifkan keuntungan, pelbagai cabaran getir dan amat berat terpaksa ditempuhi termasuklah oleh ibubapa/penjaga pelajar sendiri.

Disamping itu, pihak Pengurusan Jabatan PASTI Kawasan Kemaman sentiasa berusaha untuk memantapkan lagi pengurusan PASTI.

Beberapa pendekatan baru telah diambil terutamanya untuk meningkatkan mutu pengajaran guru - guru disamping keberkesanan pengurusan oleh qaryah sendiri.

Hasilnya amat memberangsangkan setakat ini. Sempena Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu yang diadakan di Rusila pada bulan lepas, dua orang pelajar PASTI Kawasan Kemaman telah menjadi Johan peringkat Negeri bagi pertandingan membaca kategori Jawi dan Bahasa Inggeris.

Peringkat PASTI Pusat pula menyaksikan PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang berjaya menjadi Johan Kebangsaan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan).

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman ingin mengucapkan Tahniah kepada pelajar, guru dan ibubapa/penjaga pelajar serta pihak pengurusan PASTI terbabit.

'SELAMAT BERIHTIFAL 2009'

'PASTI ; 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN'.

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template