Sunday, November 14, 2010

Ihtifal PASTI melabuh tirai

Kemaman, 13hb. November : Hari Ihtifal 2010 Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam (PASTI) Adam, Qaryah Mak Chili,Kemaman berjaya diadakan dalam suasana ceria.

Majlis perasmian Ihtifal Gabungan PASTI Adam dan KAFA Adam disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Aron Ibrahim, selaku Timbalan Pengarah III PASTI Negeri Terengganu.

Turut hadir ialah Sdr Ridzuan Mohamad, Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman merangkap Pengerusi Kebajikan Guru-Guru PASTI.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang didendangkan oleh Sdr Mod Ansari Abd Aziz. Beliau merupakan bekas pelajar PASTI Adam pada tahun 1997.

Sdr Azman Zawawi selaku Pengurus PASTI Adam dalam ucapan aluannya mengucapkan penghargaan kepada pihak urusetia majlis, guru - guru, pembantu - pembantu serta ibubapa/penjaga yang mengembeling tenaga dan memberi sokongan dalam menganjurkan acara tahunan ini.

Menurutnya lagi, PASTI Adam yang merupakan antara PASTI terawal di Daerah Kemaman ditubuhkan pada tahun 1985, di Surau Hj Mat Zain. Bermula dengan hanya 2 kelas pada tahun tersebut, Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan kesungguhan semua pihak, PASTI Adam terus mendapat sambutan dari masyarakat sehingga mempunyai 14 kelas pada waktu ini dan merupakan PASTI yang mempunyai pelajar paling ramai seluruh negara.

Penasihat PASTI Adam, Cikgu Abd Razak Ibrahim pula dalam ucapan beliau menjelaskan sistem pendidikan PASTI sentiasa menitikberatkan mutu pengajian. Oleh itu, kursus-kursus untuk guru-guru sentiasa diadakan.

Bagi matapelajaran Al-Quran, sebagai tambahan kepada silibus yang ada, pihak pengurusan PASTI Adam akan memperkenalkan Teknik Al-Baghdadi bermula tahun hadapan. Para hadirin juga dimaklumkan pada tahun ini PASTI Adam telah menjadi johan dalam pertandingan 3K iaitu Keceriaan, Kebersihan, dan Keselamatan peringkat Negeri Terengganu, sekaligus dipilih menjadi calon ke peringkat pusat bagi mewakili Negerei Terengganu.
Tuan Hj Arun Ibrahim dalam ucapan perasmian mengucapkan tahniah dan penghargaan terutama kepada guru-guru yang banyak berkorban dalam mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang berjaya. Bukan sahaja untuk kejayaan dunia, tetapi yang lebih lebih penting adalah kejayaan di akhirat.

Ujarnya lagi, pengorbanan ibubapa/penjaga memberi pendidikan dengan menghantar anak mereka ke tempat pembelajaran yang berteraskan Islam pasti akan membuahkan hasil yang lumayan untuk masa depan anak tersebut.
Beliau juga memberi tips untuk berjaya iaitu DUIT. Singkatan kepada Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal.

Majlis Ihtifal PASTI Adam diteruskan dengan persembahan anak-anak, dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun yang baru sahaja selesai.

Tuesday, October 12, 2010

Pelajar PASTI meriahkan Sambutan Jubli Emas Pas Kemaman



Pekan Kemasik - 10 Oktober - Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar PASTI seluruh Kemaman.Pelbagai acara diatur oleh penganjur untuk Pelajar PASTI.Turut menjayakan program tersebut ialah guru-guru PASTI,AJK Qaryah dan ibu-bapa pelajar yang datang memberikan sokongan padu.

PASTI merupakan institusi pra-sekolah yang ditaja oleh PAS dan bernaung dibawah Dewan Pemuda PAS.Ketua Jabatan PASTI Kemaman Ustaz Hisyamudin Abd Karim ketika dihubungi menyatakan rasa syukur beliau dengan penglibatan PASTI dalam Sambutan Jubli Emas kali ini sambil mengharapkan sokongan dan komitmen padu semua pihak agar PASTI terus dekat dihati masyarakat.

Kehadiran Ibu-Bapa pelajar yang ramai membuktikan sokongan masyarakat kepada perjuangan Islam semakin meningkat dan InsyaAllah akan dikurniakan kejayaan untuk kembali memimpin Terengganu dalam pilihanraya akan datang.








Wednesday, September 22, 2010



Mahrajan PASTI Kawasan Kemaman.

Semua ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir ke Mahrajan PASTI Kawasan Kemaman 2010 pada 25 September 2010 bersamaan 16 Syawwal 1431H di Markaz Tarbiyah PAS Bukit Mentok. Majlis akan bermula pada jam 8.00 pagi - 1.00 petang. Majlis dimeriahkan dengan sambutan hari Raya Idil Fitri PASTI Kemaman.

Tuesday, March 9, 2010

PASTI Bestari Al Hikmah Terima Kunjungan Pelbagai Pihak


(Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman bersama Penasihat dan Pengerusi PASTI Bestari Al Hikmah dan Ketua rombongan dari Jabatan PASTI Negeri Kelantan).

BUKIT KUANG, 8hb. Mac : PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang telah menerima kunjungan pelbagai pihah yang ingin meninjau dan berkongsi pengalaman mengurus dan mengoperasi pusat pendidikan pra persekolahan.


Kejayaan PASTI Bestari Al Hikmah menjadi Johan dalam Pertandingan 3K (Kebersihan, Keceriaan & Keselamatan) Peringkat Kebangsaan 2009 anjuran Jabatan Pendidikan PASTI Pusat melonjakkan nama PASTI Bestari Al Hikmah sebagai 'role model' PASTI seluruh Malaysia.


Menurut Puan Manisah Endut, Guru Besar PASTI Bestari Al Hikmah, pihak pengurusan PASTI Bestari Al Hikmah tidak mempunyai masalah untuk berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan bersama semua pihak demi perbangunan Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam (PASTI) khususnya.


'Pihak kami telah menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Negeri Kelantan seramai 40 orang dan Ahli jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Kuala Nerus juga seramai 40 orang pada 28hb. Frbruari lepas', jelasnya ketika dihubungi oleh wakil www.dppkk.org.


'Pada 16hb. Mac ini kami akan menerima kunjungan dari Jabatan PASTI Kawasan Kuala Terengganu dan 20hb. Mac pula dari Jabatan PASTI Kawasan Dungun', ujarnya lebih lanjut.


Turut hadir semasa kunjungan rombongan dari Kelantan dan Kuala Nerus tersebut ialah Saudara Suffian Ismail (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman), YM Raja Mazlan Raja Muda (Penasihat PASTI Bestari Al Hikmah), Haji Ahmad Bashir Haji Ismail (Pengerusi PASTI Bestari Al Hikmah) serta kesemua ahli jawatankuasa dan para guru PASTI Bestari Al Hikmah.


Kesemua rombongan diberi taklimat berkenaan pengurusan dan sistem pembelajaran pra persekolahan yang digunapakai dengan kaedah tayangan slide bergambar.


"PASTI - 25 TAHUN MEMIMPIN PERUBAHAN"


Suffian Ismail, Naib Ketua DPPKK sedang memberi ucapan aluan kepada rombongan.



Sebahagian rombongan yang melawat PASTI Bestari Al Hikmah.

Monday, January 4, 2010

PASTI Kemaman Catat Peningkatan Pelajar 2010


Sekitar suasana pra sekolah di PASTI pada hari ketiga selepas pendaftaran pelajar...Sessi bersenam sebelum kelas bermula..PASTI Ar Rahman, Kerteh.
Anak hijau bakal pemimpin gerakan Islam di masa depan...
Fenomena biasa awal pra sekolah di PASTI Ar Rahman, Kerteh...menanggis nak balik rumah...
Suasana dalam kelas pelajar senior 6 Tahun PASTI Al Abrar, Kerteh...nampak terkawal.
Menanggis...situasi biasa di awal pra sekolah pelajar 5 tahun PASTI Al Abrar, Kerteh...
Adik - adik dalam kelas 5 tahun PASTI Al Abrar nampak riang dengan plastisin...
Nampak terkawal dan masih takut-takut....suasana kelas 4 tahun PASTI Al Abrar, Kerteh
...semua tengok kamera.....kelas 4 tahun PASTI Al Abrar, Kerteh seramai 14 orang.
Usia baru 5 tahun...antara pelajar kelas 5 tahun seramai 26 orang di PASTI Al Abrar.
Signages PASTI Al Abrar menggamit kedatangan ibubapa/penjaga dan pelajar ke PASTI.
Wall mural berkonsepkan kartun donald ducks...
Wall mural dihiasi dengan lukisan bunga dan pelajar PASTI...

KEMAMAN : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Kemaman terus mendapat sambutan yang tinggi dari kalangan ibubapa/penjaga untuk mendidik anak mereka di peringkat pra persekolahan.

Menurut Ridzuan Mohamad, Timbalan Penyelaras, Jabatan PASTI Kawasan Kemaman, statistik 2010 dalam dua hari pertama selepas sessi pendaftaran pelajar menunjukkan seramai 1,280 orang pelajar telah didaftarkan berbanding 1,247 orang untuk tempoh yang sama 2009 .

Jabatan PASTI Kemaman yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) mempunyai 24 buah PASTI dengan guru dan pembantu seramai 80 orang.

'Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa/penjaga pelajar yang terus memberi komitmen menghantar anak mereka ke PASTI, insyaallah kami akan mendidik anak tuan/puan dengan sistem pendidikan berasaskan Islam sepertimana visi dan misi PASTI sendiri', jelas Ridzuan lagi.

"PASTI 25 Tahun Memimpin Perubahan".

Tuesday, December 29, 2009

Perutusan Khas pembukaan pra sekolah 2010 - Pengarah PASTI Pusat



Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.

Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.

Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.

Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.

Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.

AZRIN BIN AB. MAJID
Ketua Pengarah
PASTI Malaysia

Saturday, December 26, 2009

Guru PASTI mendidik bakal pejuang Islam ; Penyelaras PASTI Kemaman

Ahli jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan Kemaman hadir memberi sokongan kepada guru yang akan memulai sessi pra sekolah pada 3hb .Januari 2010.
Nyanyian lagu 'PASTI' menjadi slot wajib setiap kali perjumpaan guru diadakan.
Barisan guru PASTI di seluruh Kemaman yang menyertai perjumpaan bulanan di PASTI Adam semalam.
Mendengar taklimat ringkas dari wakil MGP Kemaman.
Sebahagian guru sedang tekun mendengar penerangan sempena pembukaan pra sekolah 2010.
Nampak tekun dan khusuk...
Masih ada guru yang tidak pernah hadir ke perjumpaan bulanan ini...pihak pengurusan PASTI Qaryah mesti mengambil langkah untuk mengatasinya.
Perjumpaan bulanan akan memberi motivasi kepada para guru disamping dapat bertemu muka sesama guru dari seluruh Kemaman.

KEMAMAM : Tugas mendidik anak - anak seawal usia empat, lima dan enam tahun di PASTI dengan menyemai roh Islam akan melahirkan bakal pejuang Islam di masa hadapan.

'Anak- anak inilah yang bakal menggalas tanggungjawap kita semua di masa hadapan bilamana kita semua sudah berada di hujung usia', jelas Penyelaras Jabatan PASTI Kemaman.

Majlis perjumpaan bulanan para guru anjuran Majlis Guru PASTI (MGP) di PASTI Adam, Mak Chili turut dihadiri ahli jawatankuasa Jabatan PASTI Kemaman.

Para guru diminta memahami konsep hijratul Nabi saw bukan hanya mendengar cerita - ceritanya sahaja saban tahun.

Bagaimana perancangan dan usaha Nabi saw untuk berhijrah sedangkan Nabi saw boleh berdoa terus kepada Allah swt dihantar terus ke Madinah tanpa perlu melalui pelbagai rintangan dan ancaman.

Usaha dan perancangan inilah yang cuba dipaparkan untuk digunapakai oleh umat Islam untuk memartabatkan ummah bukan hanya mengamalkan doa awal tahun dan akhir tahun setiap kali tahun hijrah menjelma.

Perancangan secara bersistematik perlu dilakukan dengan sasaran tertentu seperti menaiktarafkan prasarana kelas dan bangunan PASTI demi menarik hari lebih ramai ibubapa/penjaga menghantar anak mereka ke PASTI.

'Saya dapati kerja penyelenggaraan kelas dan bangunan PASTI kurang diberi keutamaan. Ada kelas yang bocor atap dan lantai rosak. Ini memberi gambaran negetif kepada ibubapa/penjaga terutamanya mereka yang bukan ahli/penyokong PAS', jelas Ustaz lagi.

Jabatan PASTI Kemaman mensasarkan bilangan pelajar sekurangnya menyamai dengan 2009 disebabkan akan bersaing dengan Permata Negara yang bakal beroperasi melalui peruntukan kewangan yang banyak dari kerajaan.

'Kita juga akan memastikan beberapa buah PASTI yang telah lama beroperasi berusaha memasuki pertandingan 3K peringkat Negeri dan Pusat.

Jabatan PASTI Kemaman juga mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan guru - guru PASTI Bistari Al Hikmah, Bukit Kuang kerana mengharumkan nama Kemaman dan negeri Terengganu baru - baru ini.

PASTI Bistari Al Hikmah telah menjadi Johan dalam pertandingan 3K peringkat Kebangsaan 2009 setelah muncul sebagai Johan peringkat PASTI Negeri sebelumnya.

"PASTI 25 Tahun Memimpin Perubahan".
 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template