Saturday, October 3, 2009

Guru & Pembantu PASTI Terima Sumbangan Ramadhan







Kedatangan bulan Ramadhan sememangnya penuh dengan keberkatan. Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan keampunan dan kemurahan rezeki. Rentetan dari itu, seramai 90 orang Guru dan Pembantu PASTI seluruh Kemaman telah diraikan dalam satu majlis Sumbangan Ramadhan PAS Kawasan Kemaman di perkarangan PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman.

Tenyata sumbangan para Guru dan Pembantu PASTI dalam pendidikan pra persekolahan begitu dihargai oleh pendokong Islam. Tahun lepas para Guru dan Pembantu hanya menerima sumbangan duit raya sahaja. Pada tahun ini disamping duit raya mereka juga mendapat satu set barangan keperluan harian.

Majlis penyampaian sumbangan Ramadhan telah disempurnakan oleh Alfadhil YB Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Alfadil YB Dato' Pesuruhjaya mengucapkan syabas kepada PAS Kawasan Kemaman mengadakan majlis seperti ini walaupun PAS tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap. Beliau yakin sumbangan dan sokongan para dermawan dan orang perseorangan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran pahala disisi Allah.

Alfadhil Ustaz juga berharap para pendidik di PASTI memeruskan usaha dakwah dan tetap istiqomah dengan kerjaya sebagai Guru PASTI. Walaupun elaun yang dibayar tidak seberapa tetapi beliau yakin sikap dan peranan Guru PASTI amat berharga dalam usaha memasyarakatkan PAS.

Beliau juga menyeru Jawatankuasa Qaryah yang menguruskan perjalanan PASTI di peringkat cawangan sentiasa pro aktif dan cakna kepada Guru dan Pembantu PASTI. Jangan lepas tangan dan lepas pandang terhadap perjalanan dan keperluan semasa di PASTI.

Majlis disudahi dengan Alfadhil Ustaz menyerahkan duit raya dan barangan keperluan kepada kesemua Guru dan Pembantu PASTI di Kemaman.

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 9:02 PM

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template