Thursday, October 22, 2009

Perasmian Jubli Perak PASTI Terengganu Di Rusila



RUSILA : Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak PASTI Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, di Perkarangan Masjid Rusila semalan.

Turut hadir ialah Saudara Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat), Hj Yahaya Ali (Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu), YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu) dan Ustaz Mohd Soud Said (Pengarah PASTI Negeri Terengganu).

Selepas pelancaran perasmian, YB Dato' Seri Presiden PAS melancarkan Kelab Ex-PASTI dengan penyerahan borang seramai 25 orang yang diketuai oleh Mohd Azrin Mohd Arif.

Kelab Ex-PASTI dianggotai oleh kesemua pelajar yang pernah mendapat pendidikan pra sekolah semenjak tahun 1980 dulu. Mereka sekarang adalah para pemuda dan pemudi yang berumur awal 30an.

Seterusnya penganugerahan sijil dan trofi kepada PASTI terawal di Terengganu sebanyak tiga buah iaitu PASTI Kg Losong Hj Mat Shafie (ditubuhkan pada 1980),PASTI Jalan Panji Alam (Gong Gemia) pada 1980 dan PASTI Kg. Rusila, Marang (1980).

Bagi menghargai kecekalan dan pengorbanan para pejuang PASTI, seramai tujuh orang telah dipilih menerima anugerah Tokoh Jubli Perak PASTI Terengganu iaitu Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Cg Hussin Ismail, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Ustaz Jusoh Othman, Cg Mohamad Deraman, Ustaz Zakaria Dagang dan Ustaz Azmi Mat Yassin.

Mereka semua merupakan tokoh yang bertanggungjawap memajukan PASTI menjadi institusi pra persekolahan yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hebat dari masyarakat.

Seramai tujuh orang pendokong PASTI telah menerima anugerah 'Jasamu Dikenang' iaitu Wan Zaini Wan Yahya, Tuan Hj Abdul Halim Mat Shafie, Cg Raja Endun Raja Abdul Rahman, Hajjah Hasnah Endut, Fatimah Mohd, Fatimah Harun dan Jamilah Ismail.

Pengorbanan mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Antaranya telah mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tapak PASTI dan sebagainya.

Sesungguhnya Sambutan Jubli Perak PASTI Terengganu akan membuka minda para pemuda dan pemudi menyoroti segala pengorbanan para pejuang PASTI di masa dahulu.

Semangat dan pengorbanan ini wajar dicontohi dan diteruskan oleh generasi muda demi memartabatkan pendidikan pra persekolahan di bumi Terengganu ini.

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template