Saturday, October 3, 2009

PASTI Marang Mengungguli Karnival PASTI Terengganu 2009








KEMAMAN : Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 memperlihatkan kecemerlangan PASTI Marang dalam karnival tahunan tersebut. PASTI Marang menjuarai futsal setelah menewaskan PASTI Dungun 3-2 dalam perlawanan akhir. PASTI Besut mendapat tempat ke-3 setelah menewaskan PASTI Setiu 5-4 dalam penentuan sepakan penalti.

Kemaman telah dipilih manjadi tuan rumah karnival pada tahun ini. Semua acara diadakan di Bandar Baru Bukit Mentok.

PASTI Kuala Terengganu berjaya menjadi jaguh bolajaring setelah menewaskan PASTI Marang dalam perlawanan akhir sementara PASTI Dungun mengalahkan tuan rumah PASTI Kemaman dalam perlawanan tempat ke-3/4.

PASTI Marang dinobatkan Juara Keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu setelah merangkul gelaran Johan futsal dan Naib Johan bola jaring.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS (YDP) Kemaman pada sebelah paginya dan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridhuan Hashim selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) di sebelah petangnya.

Penutup karnival secara simbolik dilakukan dengan penyerahan bendera karnival oleh Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman kepada bakal tuan rumah karnival 2010 iaitu Jabatan PASTI Kawasan Besut yang diwakili oleh Ustaz Mohd Kasbi Ismail selaku Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Besut.

Sayonara dan jumpa lagi di Besut tahun depan 2010...

Posted by Pemuda MTD Kemasik at 9:48 PM

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template