Saturday, October 3, 2009

Warga PASTI Kawasan Kemaman Anjur Jamuan Raya






























Jabatan PASTI Kawasan Kemaman dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) Kemaman mengadakan Jamuan Raya pada 14 Syawal di Pantai Telaga Simpul, Telok Kalong, Kemaman.

Objektif utama ialah memupuk dan mengukuhkan semangat kekeluargaan diantara warga Jabatan PASTI Kemaman.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mempunyai 12 orang AJK, 15 orang AJK MGP, 80 orang guru dan pembantu serta 1,300 orang pelajar 4, 5 dan 6 tahun.

Kehadiran AJK Jabatan PASTI, MGP, Guru - Guru, Pembantu beserta kaum keluarga masing - masing ternyata memeriahkan majlis yang julung kali diadakan di pantai tersebut.

Peluang perjumpaan ini dimanafaatkan dengan sessi perkenalan dengan para suami dan anak - anak warga PASTI Kemaman.

Beberapa acara 'telematch' telah diadakan. Antaranya pertandingan tiub belon untuk kanak - kanak, kupas epal terpanjang untuk guru dan pembantu, duduk P. Ramlee untuk AJK dan para suami, jejak kasih untuk sekeluarga dan sessi uji minda untuk semua.

Pelbagai juadah dibawa oleh warga PASTI yang rata - ratanya masih dalam keadaan mood raya. Antara hidangan yang disediakan nasi minyak, laksa Terengganu, nasi himpit, mee hon, ketupak, rendang ayam, keropok dan pelbagai aneka kuih raya.

Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman juga membahagikan duit raya kepada semua kanak - kanak yang hadir.

Pelbagai aksi dan ragam dapat disaksikan sepanjang program. Rengetan dan tangisan kanak - kanak tidak terkecuali.

Semua ini adalah nostalgia yang dapat dikongsikan bersama untuk seluruh warga PASTI Kawasan Kemaman.

Selamat Hari Raya Idul Fitri - Maaf Zahir Dan Batin dari kami warga PASTI Kawasan Kemaman.

0 comments:

Post a Comment

 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template